suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 AJK Wanita Umno Kalabakan Lepas Jawatan Bakal Berdepan Tindakan Disiplin

TAWAU: Empat belas anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang melepaskan jawatan pada 15 Oktober lepas bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, kata Ketua Bahagiannya Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata Umno Kalabakan berpendapat langkah itu perlu demi kebaikan parti.

"Semua yang terlibat perlu dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita sebelum memulakan mesyuarat kali pertama Umno bahagian itu di sini, Khamis.

Sebelum ini dilaporkan mesyuarat khas pemilihan Wanita Umno Kalabakan akan diadakan Sabtu ini bagi mengisi 14 kekosongan anggota jawatankuasanya.

Abdul Ghapur berkata mesyuarat pada Sabtu ini akan diadakan di SK Kukusan bermula pukul 8 pagi dan pemilihan itu tidak perlu diragukan kerana ia adalah sah.

"Ahli wanita dinasihatkan agar hadir pada mesyuarat Sabtu ini bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan termasuk tindakan disiplin," katanya.

Justeru itu, katanya, badan perhubungan Umno negeri dan jawatankuasa pemilihan Umno negeri diminta memantau perjalanan pemilihan itu.

Wanita Umno Bahagian Kalabakan menjadi tumpuan apabila 14 AJK pergerakan itu meletak jawatan beberapa hari selepas pemilihan pada 19 Oktober lepas atas alasan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan tersebut.

Dalam pemilihan itu, penyandang Ketua Wanita Kalabakan Datuk Hamisa Samat tewas di tangan Naib Ketuanya Cahaya Sulaiman. - BERNAMA

Artikel Lain