suria

Bil Utiliti Di Kediaman Rasmi PM Mencecah RM2.3 Juta

KUALA LUMPUR: Bil-bil utiliti kediaman rasmi perdana menteri yang mencecah RM2.3 juta tahun lalu, menyebabkan seorang ahli Parlimen pembangkang memanggil jumlah yang tinggi ini diperjelaskan secara terperinci.

Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke Siew Fook (DAP -Seremban), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata RM2,237,788.13 telah dibelanjakan untuk elektrik bagi kompleks Seri Perdana, manakala RM311,174.25 telah dibelanjakan untuk bil air sepanjang 2012.

Shahidan juga menyatakan bahawa kediaman rasmi timbalan perdana menteri, kompleks Sri Satria mempunyai penggunaan tenaga elektrik bernilai RM865,458.56 dan penggunaan air sebanyak RM99,264.03 sepanjang 2012.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Loke menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat justifikasi kos.

"Sebagai contoh, The White House di Amerika Syarikat hanyalah berkeluasan kira-kira 18 ekar, manakala di sini, Seri Perdana adalah 42.5 ekar dan Sri Satria adalah 18.16 ekar.

"The White House tidak hanya berkhidmat sebagai kediaman Presiden tetapi juga pejabat, tetapi Seri Perdana hanyalah kediaman perdana menteri semata-mata," katanya.

Loke juga mencadangkan agar Najib dan Muhyiddin sekurang-kurangnya membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bil-bil utiliti kediaman rasmi masing-masing sebaik sahaja cukai berkuat kuasa pada April 2015.

"GST untuk Seri Perdana akan berjumlah kira-kira RM130,000. Saya mencadangkan perdana menteri sekurang-kurangnya membayar jumlah ini dengan duit dari poket sendiri, bukannya dibayar oleh pembayar cukai," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain