suria

Kerajaan Cadang Potongan Cukai Bulanan Sebagai Cukai Muktamad

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengemukakan cadangan supaya pembayar cukai, yang mempunyai pendapatan pengajian dan membuat potongan cukai bulanan atau PCB, tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa PCB adalah dianggap cukai muktamad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini berkata cadangan berkenaan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

Pada masa ini, pembayar cukai dengan pendapatan penggajian dan membuat potongan PCB perlu mengemukakan borang cukai sebelum atau pada 30 April setiap tahun.

Pengemukaan borang cukai setiap tahun oleh pembayar cukai yang mempunyai PCB telah menimbulkan kekeliruan kerana walaupun PCB dipotong, borang cukai masih perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain