suria

Abu Mayat Mangsa Nahas Pesawat Laos Dibawa Pulang Ke P.Pinang

Upacara dijalankan bagi mangsa pesawat Laos, Angeline Teh dan suaminya Joel Babcock di Pulau Pinang.
Upacara dijalankan bagi mangsa pesawat Laos, Angeline Teh dan suaminya Joel Babcock di Pulau Pinang.
Upacara dijalankan bagi mangsa pesawat Laos, Angeline Teh dan suaminya Joel Babcock di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Abu mayat mangsa nahas pesawat Laos terhempas, Angelin Teh dan suaminya diterbangkan pulang ke Pulau Pinang bagi upacara pengebumian pada Khamis.

Adrian Teh, yang merupakan abang kepada Angelin, 24, dan beberapa individu dipercayai ahli keluarga dan saudara-mara mendiang tiba di rumah keluarganya di Cangkat Minden, Gelugor pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Difahamkan keluarga dan teman-teman mendiang berkumpul untuk satu upacara sederhana di kediaman itu dan dijadualkan membawa abu mayat tersebut ke Tanah Perkuburan Kristian Western Road pada pukul 5.30 petang.

Mendiang dan suaminya yang merupakan warga Amerika Syarikat, Joel Babcock terbunuh dalam nahas pada 16 Oktober lalu.

Kedua-dua mereka merupakan antara 49 yang terbunuh nahas pesawat ATR-72 turbrop bagi penerbangan Lao Airlines ketika cuaca buruk dan terhempas ke Sungai Mekong, kira-kira 8 kilometer dari Lapangan Terbang Pakse di wilayah Champasek.

Artikel Berikut

Artikel Lain