suria

Azlan Man Terajui Umno Bahagian Kangar

Azlan Man
Azlan Man
Azlan Man

KANGAR: Menteri Besar Perlis Azlan Man memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Kangar dalam pertandingan tiga penjuru pada pemilihan parti, Sabtu.

Kemenangan beliau diumumkan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Kangar, Hamid Darus pada kira-kira 2.15 pagi Ahad.

Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis memperoleh 449 undi manakala dua pencabarnya anggota Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail mendapat 296 undi dan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kangar Datuk Hashim Suboh 12 undi.

Ketika berucap selepas pengumuman keputusan itu, Azlan yang pertama kali bertanding jawatan itu berkata semua peringkat kepimpinan perlu berganding bahu menjadikan Umno bahagian lebih padu.

Beliau juga berharap anggota Umno memberi teguran kepadanya jika mendapati kepimpinannya tidak berasaskan landasan yang betul.

Kerusi itu menjadi rebutan selepas penyandangnya Datuk Seri Dr Md Isa Sabu tidak mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan kali ini. - BERNAMA

Artikel Lain