suria

PR1MA Meterai MoU Dengan Sekisui Untuk Kaji Bangunkan Kilang Rumah Pasang Siap

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (berdiri, tengah) menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan PR1MA Malaysia dan Sekisui Chemical Co. Ltd mengenai teknologi rumah perindustrian (Industrialised Home Technologies) bagi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia di Putrajaya, Khamis. PR1MA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias (duduk, kiri) manakala Sekisui diwakili Ketua Promosi Perniagaan Antarabangsanya, Masaya Fujiwara (duduk, kanan). Turut sama menyaksikan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan) dan Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (kiri). -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) pada Khamis memeterai kerjasama dengan Sekisui Chemical Co Ltd (Sekisui), syarikat pembina rumah terbesar di Jepun, untuk menjalankan kajian ke arah membangunkan kilang pembuatan khusus bagi membina rumah pasang siap modular dalam negara.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Aras 3, bangunan Perdana Putra di sini.

Hadir sama Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Siregar Abdullah.

Jamaluddin berkata pembinaan rumah pasang siap itu merupakan cetusan idea Perdana Menteri sendiri dalam usaha menunaikan manifesto BN bagi membina 500,00 buah rumah mampu milik di bawah PR1MA.

Beliau berkata rumah yang dibangunkan Sekisui itu boleh disiapkan dalam tempoh 60 hari, dengan 90 peratus pembinaannya dibuat di kilang, dan projek pertama dijadual bermula awal tahun depan membabitkan pembinaan rumah contoh dengan semua komponennya itu diimport secara berperingkat-peringkat.

"Projek pertama akan diadakan di sekitar di Lembah Klang, manakala kilang pembinaan rumah itu dijangka siap akhir tahun depan, dan fokus PR1MA buat masa ini dalam projek bersama Sekisui adalah untuk pembinaan rumah rendah iaitu rumah dua atau satu tingkat," kata beliau pada sidang media selepas pemeteraian MoU itu.

Semasa ditanya mengenai harga jualan, beliau berkata PR1MA masih berunding dengan Sekisui dan beliau memberi jaminan harganya berpatutan untuk golongan yang memperoleh pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan.

Bagaimanapun pembeli rumah itu perlu menandatangani perjanjian tidak menjual atau memindah hak milik dalam masa 10 tahun.

Mengenai lokasi selain daripada Lembah Klang, Jamaluddin berkata semuanya bergantung kepada permintaan rumah di sesebuah kawasan, dan menurutnya projek perumahan itu akan dapat menjimatkan masa, kos dan mengurangkan masalah projek rumah terbengkalai yang seringkali berlaku sebelum ini.

"Apa yang menarik mengenai projek perumahan ini ia turut menawarkan jaminan selama setahun berbanding jaminan yang ditawarkan oleh pihak pemaju perumahan sekarang kerana di Jepun, pemaju perumahan memberi jaminan sehingga 60 tahun untuk rumah jenis ini.

"Teknologi ini (kilang membina rumah pasang siap) belum pernah digunakan di Malaysia, dan PR1MA telahpun mewujudkan sebuah pasukan teknikal untuk bekerjasama dengan pasukan pakar dari Sekisui dalam memperkenalkan teknologi terbaharu dari Jepun itu di negara ini," katanya.

Jamaluddin berkata Sekisui adalah syarikat membina rumah terbesar di Jepun yang membina rumah pasang siap jenis rangka besi dan ia merupakan teknologi terbaharu digunakan untuk sebahagian daripada projek perumahan PR1MA untuk golongan pertengahan di negara ini.

MoU hari ini ditandatangani Ketua pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias, manakala Sekisui diwakili oleh Ketua Teknologi Penggalakkan Perniagaan Antarabangsanya Masaya Fujiwara.

Sementara itu, PR1MA dalam kenyataan di sini menyatakan pihaknya meluluskan 15 lagi projek pembangunan membabitkan pembinaan 18,270 rumah, menjadikan rumah yang akan dibinanya kini berjumlah 38,757.

Abdul Mutalib berkata projek itu terletak di Selangor, Johor, Perak, Pahang dan Sabah, dengan enam daripadanya di Putra Height, Jelatek, Pandan Indah, Pandan Jaya, Glenmarie dan Cempaka; dibangunkan dengan kerjasama Syarikat Prasarana Negara Bhd. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain