suria

Seorang Maut, Empat Cedera Dua Kereta Bertembung di Jalan Klang-Banting

KUALA LANGAT: Seorang terbunuh, manakala empat yang lain cedera apabila sebuah kereta Honda City dan sebuah Proton Waja bertembung di Km49.5 Jalan Klang-Banting di sini, Ahad.

Ooi Bok Soo, 54, juruteknik, yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta Honda City itu, mengalami pelbagai kecederaan parah dan mati di tempat kejadian.

Empat lagi yang cedera ialah Goh Boon Pin, 29, (pemandu Honda City), Ooi Yu Fan, 13, (penumpang hadapan Honda City), Seah Siew Hong, 50, (penumpang belakang Honda City) dan wanita yang memandu Proton Waja M.Abilashinee, 22.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Waja yang datang dari arah Banting menuju ke Tanjung Sepat gagal memotong kenderaan lain di hadapan menyebabkan kereta itu bertembung dengan Honda City yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang menaiki Honda City dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan manakala Abilashinee, seorang pelajar, dihantar ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Nordin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Insp Mohd Shamsul Sharif di talian 03-33872222 bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Lain