Kerajaan Sabah Tidak Berhasrat 'MeMelayukan' Kaum Etnik - Musa Aman - Semasa | mStar

Kerajaan Sabah Tidak Berhasrat 'MeMelayukan' Kaum Etnik - Musa Aman

Musa Aman.
Musa Aman.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mempertimbangkan bahawa hal agama dan kaum perlu diasingkan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, seorang penduduk etnik Dusun tidak boleh dianggap sebagai seorang Melayu hanya kerana dia beragama Islam.

"Agama seseorang itu tidak boleh diterjemahkan," kata Musa mengenai cadangan Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar pada minggu lepas bahawa penduduk masyarakat etnik Sabah yang beragama Islama perlu dipertimbangkan mereka sebagai Melayu.

Beliau dilaporkan berkata bahawa keadaan itu berbeza dengan apa yang berlaku di semenanjung di mana etnik Jawa dan Bugis menggelarkan diri mereka sebagai sebahagian daripada kaum Melayu.

Musa berkata, cadangan Bungsu supaya "meMelayukan" etnik Bumiputera beragama Islam di Sabah merupakan pandangan peribadinya.

"Ini bukan pendirian Kerajaan Negeri. Tanpa persoalan, kita menghormati budaya dan tradisi kesemua kaum tanpa mengira agama dan bangsar mereka.

"Ini adalah persefahaman antara satu sama lain dalam pelbagai bangsa dan budaya dan ia akan terus diamalkan.

"Mendukung keharmonian bangsa, agama dan budaya akan diteruskan, yang menjadi keutamaan kerajaan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp