suria

Masa Menunggu Bas Antarabandar Lebih Lama

KUALA LUMPUR: Masa menunggu bas antarabandar mengambil masa yang lebih lama, semuanya disebabkan oleh kekurangan pemandu bas.

Kebanyakan syarikat pengangkutan termasuk Konsortium Transnasional Berhad (KTB)dan Prasarana tidak mempunyai pemandu yang mencukupi untuk memenuhi perkhidmatan bas mereka.

Kekurangan pemandu bas menyebabkan mereka terpaksa mengubah jadual perjalanan, ia mengakibatkan kurangnya kekerapan perjalanan bas dengan penumpang terpaksa menunggu antara 45 minit hingga satu jam untuk menaiki bas, yang sepatutnya tiba setiap 15 minit.

Syarikat pengangkutan menyalahkan masalah kekurangan pemandu bas disebabkan oleh gaji yang rendah ditawarkan antara RM2,500 sebulan dengan jadual kerja bermula seawal pukul 4.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana RapidBus, Zohari Sulaiman berkata syarikat berkenaan hanya mempunyai 1,800 pemandu untuk 167 laluan RapidKL di Lembah Klang.

"Satu cabarang yang besar kepada kami. Kami memerulukan 2,300 pemandu untuk 1,050 bas bagi memenuhi jadual frekuensi perjalanan.

"Kini kami hanya mempunyai 1,800 pemandu untuk memandu purata 830 bas setiap hari," katanya.

Zohari berkata pemandu bas RapiKL memperoleh pendapatan antara RM2,500 hingga lebih RM3,000 setiap bulan, namun jumlah gaji tersebut tidak termasuk kepada rakyat Malaysia, yang tidak mahu bekerja mengikut shif.

"Mereka perlu datang ke depoh pada pukul4.30 pagi dan mula memandu seawal pukul 5.30 pagi," katanya.

Beliau berkata seorang pemandu bas RapidKL harus memastikan masa menunggu di laluan popular adalah 15 minit.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif KTB, Tengku Hasmadi Hashim berkata masalah yang lebih teruk dihadapi oleh syarikat CityLiner.

Beliau berkata KTB hanya mempunyai 1,000 pemandu bagi 800 bas, dengan lebih 600 bas digunakan setiap hari.

"Kesannya, perkhidmatan di kawasan seperti Negeri Sembilan, dan barat Selangor dan Seberang Prai, Pulau Pinang menjadi lebih kritikal.

"Di Prai nisbahnya ialah 1.1 di Negeri Sembilan dan kini mencapai 1.2. Kebanyakan pemandu kami perlu bekerja lebih masa untuk memenuhi jadual perjalanan dan ia menelan belanja yang besar kepada kami," katanya.

Tengku Hasmadi berkata apa yang boleh dilakukan KTB ialah memastikan nisbahnya 1.5, dan ia akan menunrun apabila ada pemandu yang jatuh sakit.

"Kami menghadapi masalah untuk mencari pengganti, akhirnya kami terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan pemandu," katanya.

Kedua-dua syarikat berkenaan berkata mereka menghadapi masalah untuk mencari dan mengekalkan pemandu bas yang baru, dan syarikat tersebut terpaksa mengambil pekerja yang berusia 40 tahun dan mereka yang hampir bersara atau mereka yang bekerja secara kontrak.

Tengku Hasmadi menyifatkan pekerjaan sebagai pemandu bas di bandar merupakan satu tugas yang 'sangat mencabar'.

"Cabarannya termasuk berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk, pemanduan yang konsisten dan kekerapan pintu di buka dan di tutup serta menurunkan penumpang," katanya.

Zohari berkata RapidKL memberikan ganjaran kepada setiap kakitangan yang memperkenalkan seorang pemandu baru dengan memberikan insentif sebanyak RM50 setiap seorang.

Kedua-dua syarikat berkenaan turut menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan warga asing menjadi pemandu bas di negara ini sebagai pilihan terakhir.

SPAD berkata masalah tersebut semakin seirus disebabkan oleh kesesakan trafik yang teruk di kawasan bandar.

"Kekurangan pemandu menyebabkan syarikat terpasksa mengehadkan jumlah bas yang boleh dipandu di jalan raya, terutama ketika waktu puncak.

"Ini memasksa orang awam memandu kenderaan persendirian, sekaligus menyebabkan kesesakan dan penggunaan bahan api yang tidak cekap," kata SPAD dalam satu kiriman e-mel kepada The Star.

Artikel Lain