Bapa Kelar Tekak, Minum Darah Anak Lelaki

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengaku dimiliki semangat roh-roh membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan mengelar bahagian tekak sebelum bertindak minum darah anaknya sambil adegan seram itu dilihat ahli keluarga, di bahagian Pantai Timur, daerah Lahad Datu.

Ketua Polis Lahad Datu Supt Shamsuddin Mat berkata, kanak-kanak tersebut, Haikal Salimar, sedang tidur di ruang tamu rumah keluarganya di Kampung Epil kira-kira pukul 9.45 malam hari Khamis apabila bapanya tiba-tiba meraih pisau dari dapur dan mengelar lehernya.

"Menurut ahli keluarga, kejadian itu berlaku dengan pantas dan budak itu dibunuh sebelum mereka sempat untuk bertindak balas," katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Antara mereka yang berada di rumah pada masa kejadian ialah datuk dan nenek Haikal dan bapa saudaranya, Shamsuddin berkata.

Shamsuddin berkata, sebelum kejadian, bapa Haikal berusia 35 tahun menjerit bahawa roh-roh telah mengganggunya dan mahu dia minum darah manusia.

Lelaki itu kemudian berlari ke dapur dan mengambil pisau sebelum menyembelih anaknya manakala datuk dan nenek hanya mampu melihatnya tanpa berdaya melakukan apa-apa.

Ahli-ahli keluarga menjerit meminta pertolongan dan dengan bantuan penduduk kampung pisau dirampas daripada lelaki itu dan kemudiannya dia diikat.

Polis bergegas ke rumah yang terletak kira-kira 2 km dari kawasan bandar itu selepas dimaklumkan mengenai kejadian.

Shamsuddin berkata lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu telah ditemui di tempat kejadian dan mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat," katanya.

Shamsuddin berkata siasatan menunjukkan lelaki itu mungkin telah terlibat dalam ilmu hitam dan kepercayaan karut.

Beliau berkata apabila ditahan lelaki itu tidak kelihatan seperti berada di bawah sebarang pengaruh, walaupun begitu dia telah dihantar untuk pemeriksaan perubatan.

Beliau berkata lelaki itu juga akan dihantar untuk menjalani penilaian psikiatri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia