suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid Tidak Terfikir Guna Populariti Sebagai Menteri Untuk Bantu Pemilihan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) bersalaman dengan para tetamu ketika hadir ke Majlis Aidilfitri Persatuan Pengasih Malaysia, sabtu. Turut kelihatan Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk Mohd Yunus Pathi (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak terfikir untuk menggunakan popularitinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi meraih sokongan anggota Umno semasa pemilihan parti akan datang.

"Setiap tindakan yang diambil sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri terbit dari hati yang ikhlas dan penuh tanggungjawab," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri anjuran Pengasih, di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada popularitinya yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri akan membantunya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Ketegasan Zahid terserlah dalam hal-hal yang melibatkan isu-isu penghinaan ke atas kesucian agama Islam dan beliau juga merupakan antara tokoh yang paling lantang mempertahankan Kalimah Allah.

Zahid mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan jawatan naib presiden parti dan beliau meminta ahli-ahli Umno membuat penilaian berdasarkan apa yang telah beliau sumbangkan sebagai naib presiden selama ini. - BERNAMA

Artikel Lain