Bersih 4.0 Pasti Diadakan Jika Tiada Tindak Balas SPR - Ambiga - Semasa | mStar

Bersih 4.0 Pasti Diadakan Jika Tiada Tindak Balas SPR - Ambiga

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengumumkan bahawa Bersih 4.0 pasti akan diadakan melainkan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) memberi tindak balas terhadap tuntutan-tuntutan yang dibuat.

Menyampaikan ucapan kepada orang ramai di sebuah majlis makan malam amal Parti Sosialis Malaysia (PSM) di dewan sekolah di Jalan Hang Jebat, di sini, Ambiga memberi jaminan demonstrasi akan diadakan jika SPR melaksanakan persempadanan semula kawasan parlimen dan negeri yang dirancang, sebelum daftar pemilih dibersihkan.

"Ini bukan satu ancaman tetapi janji. Kita perlu menunjukkan kesungguhan kita dan membuatkan mereka sedar yang kita benar-benar maksudkannya.

"Kita boleh melihat bukti dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) di Sabah bahawa daftar pemilih di Sabah dan di seluruh Malaysia memerlukan pembersihan. Jika persempadanan dilakukan sekarang, kita akan terperangkap untuk tempoh lapan tahun akan datang dan tidak akan ada perkara yang akan berubah," katanya.

Apabila ditanya dalam tempoh berapa lama lagi Bersih 4.0 dijangka akan diadakan, Ambiga berkata, ia bergantung kepada respons SPR.

"Saya ingin melihat beberapa maklum balas daripada mereka. Saya mahu melihat tindak balas mereka bahawa mereka akan membersihkan daftar pemilih sebelum meneruskan membuat sebarang keputusan," katanya.

Selain penegasan tersebut, Ambiga juga menyatakan bahawa fokus Bersih kini adalah terhadap Tribunal Rakyat berkaitan PRU-13 yang dijadualkan diadakan antara 18 dan 23 September ini.

Tribunal bertujuan untuk mendengar bukti dakwaan penyelewengan dan penipuan semasa pilihan raya umum yang lepas, dengan enam pihak bebas, asing dan tempatan mengkaji bahan-bahan yang dibentangkan.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain