suria

Polis Tahan Pemandu Teksi Bawa Suspek Bunuh Hussain Najadi

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu teksi dipercayai pemandu yang membawa suspek berikutan pembunuhan Hussain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, pemandu berusia 44 tahun itu ditahan di Sri Petaling kira-kira pukul 9 malam Selasa berhubung pembunuhan pakar kewangan Hussain Ahmad Najadi.

"Siasatan awal mendapati pemandu menurunkan suspek (dikenali sebagai Sei Ngan Chai) di Jalan Yap Ah Loy selepas mengambilnya berhampiran tokong... dia mendakwa suspek adalah penumpang biasanya," kata beliau sambil menambah penangkapan itu akan memberikan lebih banyak petunjuk dalam kes itu.

Ku menjelaskan polis percaya seorang suspek bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, bertentangan dengan laporan awal yang menyatakan seramai tiga suspek.

"Saksi mendakwa tiga suspek sedang menunggu Hussain.

"Setakat ini, siasatan kami menunjukkan hanya seorang suspek tetapi kita akan meneliti semua kemungkinan," katanya.

Beliau berkata polis percaya senjata yang digunakan adalah pistol automatik 9mm, berdasarkan peluru yang ditemui pada si mati.

Ku berkata polis juga telah mencatat keterangan daripada lelaki yang Hussain temui di tokong untuk urusan pembelian tanah.

Artikel Lain