suria

Adun Sungai Burong Ketua Pembangkang Selangor

Datuk Mohd Shamsudin Lias
Datuk Mohd Shamsudin Lias
Datuk Mohd Shamsudin Lias

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) diumum sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu, menggantikan Datuk Mohd Satim Diman.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata pemilihan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang juga merupakan Pengerusi BN negeri ini.

Beliau berkata Timbalan Ketua Pembangkang pula disandang Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro.

Pemilihan itu adalah berdasarkan persetujuan dan muafakat kesemua 12 Adun BN, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Lain