suria

Raja Mohamed Affandi Dilantik Panglima Tentera Darat Ke-25

Hishammuddin (kiri) dan Zulkifli (kanan) memakaikan pangkat kepada Raja Mohamed Affandi (tengah). - FotoBERNAMA
Hishammuddin (kiri) dan Zulkifli (kanan) memakaikan pangkat kepada Raja Mohamed Affandi (tengah). - FotoBERNAMA
Hishammuddin (kiri) dan Zulkifli (kanan) memakaikan pangkat kepada Raja Mohamed Affandi (tengah). - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) yang ke-25 menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Pelantikan berkuatkuasa pada Jumaat.

Majlis pemakaian pangkat disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menyaksikan upacara serah terima tugas Panglima Tentera Darat bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang diadakan di auditorium Wisma Pertahanan dekat sini, Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohammed Nordin Ali dan Panglima Angkatan Bersama (PAB) Laksamana Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Raja Mohamed Affandi, 56, sebelum ini memegang pangkat Leftenan Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Medan Tentera Darat sejak Jun 2008.

Beliau seterusnya menjawat jawatan Ketua Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 31 Oktober 2009.

Ketika menjawat jawatan Ketua Platun dan ketua Kompeni, beliau pernah terlibat secara langsung dalam menentang pengganas komunis.

Selain tugas operasi, beliau juga terlibat dalam berbagai latihan ketenteraan di dalam dan luar negara.

Dari segi pendidikan, beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan (Australia) dan Ijazah Sarjana Sains Pengajian Strategi dan Pertahanan (Pakistan).

Sementara itu Zulkifli,52, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkuatkuasa 15 Jun.

Artikel Lain