suria

Khairy Tepati Ramalan Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA: Menepati ramalan banyak pihak, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru.

Pengumuman senarai Kabinet yang baru itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Rabu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru pula disandang oleh Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan.

Menteri Belia dan Sukan sebelum ini ialah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek manakala Timbalannya adalah Datuk Razali Ibrahim.

Shabery dan Razali bagaimanapun bertukar portfolio dengan masing-masing memegang jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Lain