suria

BN Mampu Pertahankan Parlimen Sandakan - Shafie

SANDAKAN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Katanya, ini berdasarkan maklum balas daripada penduduk di daerah berkenaan.

"Sandakan (Parlimen) kita boleh pertahankan dan kehadiran orang ramai pada hari ini sudah menunjukkan BN mendapat sokongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Perumahan Rakyat Taman Mesra di sini, Rabu.

Hadir sama, calon BN Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong dan calon B NDewan Undangan Negeri (DUN) Elopura Au Kam Wah. Liew yang juga Presiden Parti Liberal Demoktratik ditentang calon DAP Wong Tien Fatt.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata BN juga akan berjaya mempertahankan kawasan Parlimen di Sarawak.

Shafie juga berkata BN mampu mengambil alih negeri yang dikuasai pakatan rakyat khususnya Selangor dan Kedah. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain