suria

Permatang Pauh Atau Tambun? Anwar Umum Keputusan Malam Ini

Anwar ketika sesi bertemu penduduk di Kubang Semang.
Anwar ketika sesi bertemu penduduk di Kubang Semang.
Anwar ketika sesi bertemu penduduk di Kubang Semang.

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya memberikan beberapa jam lagi kepada beliau untuk menentukan sama ada kekal di Permatang Pauh di sini atau bertanding di Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata demikian di Kubang Semang dekat sini ketika sesi bertemu penduduk pada Jumaat.

Ketua Pembangkang itu akan mengadakan ceramah di Taman Pauh Jaya pada malam Jumaat dan dijangka akan mengumumkan keputusan mengenai kerusi yang akan ditandinginya.

Beliau berkata, dia masih perlu berunding dengan beberapa pemimpin di Kuala Lumpur dan Perak dengan mengambil kira permintaan pemimpin peringkat akar umbi di Permatang Pauh untuk kekal di sini sebelum membuat keputusan.

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai kawasan yang akan ditandingi Anwar selepas beliau mengumumkan pada Rabu merancang akan beralih arah ke Perak.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 apabila menyertai Umno.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kerusi tersebut pada pilihan raya umum 1999 apabila beliau dipenjarakan atas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar memenangi semula kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas kerusi tersebut dikosongkan oleh Wan Azizah.

Artikel Berikut

Artikel Lain