suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 April Hari Baik Bubar Parlimen - Najib

KUALA LUMPUR: 3 April 2013 (Rabu) dipilih sebagai tarikh pembubaran Parlimen kerana ia hari yang baik, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, beliau berkata, semalam genap empat tahun pentadbirannya dan mesyuarat Kabinet turut diadakan pada hari sama.

"Hari terakhir yang istimewa," katanya.

Menurut Najib, beliau sebenarnya ingin mencukupkan tempoh empat tahun sebagai Perdana Menteri bagi melaksanakan dasar dan program yang telah dirancang sebelum ini.

"Jika anda bekerja dengan kerajaan anda menyedari perkara itu. Anda memerlukan masa bukan kerana takut dengan pembangkang.

"Tidak ada satu pun kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain