62 Lagi Anggota PKR Pasir Salak Keluar Parti

PASIR SALAK: Seramai 62 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Pengarah Pilihan Raya PKR Parlimen Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan bertindak meninggalkan parti dan menyertai Umno.

Borang keanggotaan menyertai Umno diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen kawasan itu dalam satu majlis di sini, malam Selasa.

Ahmad Taufik berkata tindakan itu dibuat berikutan mereka hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti.

"Kami bertindak keluar parti atas kesedaran anggota yang sudah bosan dan tidak yakin dengan kepimpinan PKR yang gagal membela nasib rakyat terutamanya orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Baru-baru ini, seramai 340 anggota PKR kawasan berkenaan bertindak meninggalkan parti dan menyertai Umno.

Ahmad Taufik berkata tindakan itu juga berikutan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang enggan mendengar suara akar umbi.

"Berjuang dalam pembangkang tidak mendapat apa-apa pengiktirafan daripada pihak kepimpinan atasan termasuk dalam soal pemilihan calon untuk pilihan raya umum ke-13 yang dilakukan tanpa berbincang dengan kepimpinan akar umbi," katanya.

Beliau berkata tindakan itu mengakibatkan calon yang dipilih tidak diterima di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Tajuddin berkata tindakan Ahmad Taufik dan rakan-rakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno membolehkan mereka memberi sumbangan kepada perjuangan untuk rakyat berbilang kaum khususnya kepada orang Melayu.

"Saya mengalu-alukan lebih ramai anggota parti pembangkang menyertai Umno yang dapat membela nasib rakyat. Umno juga memberi ruang kepada setiap anggota yang ingin berjuang dan memberikan sumbangan untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wan Azizah Tidak Bertanding - Anwar

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain