suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Azizah Tidak Bertanding - Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Perkara itu dimaklumkan suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut laporan laman berita rasmi PKR, KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com pada Khamis.

"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya," kata Anwar dipetik dalam portal itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain