Zambry Minta Mereka Yang Tidak Dicalonkan Jadi Penyokong Setia BN

GERIK: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meminta mereka yang tidak tersenarai sebagai calon BN pada pilihan raya umum kali ini agar terus menjadi penyokong setia parti.

Katanya seluruh warga BN, baik yang menjadi calon mahupun tidak, harus menjadikan pengalaman pada 2008 sebagai pengajaran penting dan memastikan peristiwa sama tidak berulang.

"Saya ingin ingatkan semua di peringkat BN supaya bersatu hati terutama apabila pengumuman mengenai calon dibuat...belajarlah daripada pengalaman pahit 2008, jangan biarkan sekali lagi BN kecundang di bumi Perak ini," katanya di sini, Jumaat.

Katanya rakyat di Perak kini memberi komitmen yang kuat untuk memastikan calon BN meraih kemenangan, justeru perkara itu perlu disokong pemimpin yang tidak dicalonkan.

"Mereka perlu terus menjadi penyokong yang setia kepada BN kerana kita perlu mengambil falsafah politik iaitu ketika kita menjadi calon mereka berada di belakang sentiasa memberi sokongan yang baik, bila masa kita berakhir seharusnya perkara yang sama ditunjukkan, kita perlu menjadi contoh yang baik," katanya.

Zambry berkata bagi yang dicalonkan pula, mereka mesti memastikan tanggungjawab dilaksana dengan lebih baik.

Pada pilihan raya umum 2008, BN Perak yang menang 28 kerusi dewan undangan negeri gagal membentuk kerajaan selepas parti pembangkang iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masing-masing menang 18, tujuh dan enam kerusi bersetuju bergabung, sekali gus membolehkannya menubuhkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun selepas 11 bulan, dua anggota dewan undangan negeri (Adun) DAP dan dua daripada PKR bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN, seterusnya membuka ruang kepada BN kembali berkuasa pada 6 Februari 2009.

Mengulas hasrat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Perak, Zambry berkata setiap individu yang layak berhak bertanding di mana sahaja yang dia inginkan.

Terdahulu Zambry merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan sebuah masjid baharu di Jalan Baru Gerik/Kulim berhampiran Sekolah Menengah Teknik Gerik di sini.

Ini diikuti perasmian majlis pecah tanah projek jambatan merentasi Sungai Perak yang menghubungkan Kampung Chenawing dan Tanjung Rimbun, Kampung Batu Enam di Bandariang di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain