Nurul Izzah Gagal Dapat Perintah Bagi Paksa SPR Batal Nama Pengundi Meragukan - Semasa | mStar

Nurul Izzah Gagal Dapat Perintah Bagi Paksa SPR Batal Nama Pengundi Meragukan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada Khamis gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan nama-nama pengundi yang meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai.

Hakim, Datuk Seri Zakaria Sam menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh Nurul Izzah.

Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menuntut suatu perisytiharaan bahawa keenggan Ketua Pendaftar SPR membatalkan nama-nama pengundi dalam senarai daftar pemilih induk Lembah Pantai 2011 dan daftar pemilih tambahan suku kedua 2012 di kawasannya adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.

Pada 22 Mac lepas, Nurul Izzah dan seorang pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai, Kadir Sultan Abd Majid memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Pendaftar SPR, SPR, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Hakim membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan daripada peguam Nurul Izzah, Edmund Bon dan Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Suzana Atan yang mewakili pihak responden.

Amarjeet memberitahu pemberita bahawa hakim berpendapat bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak, menolak atau mengetepikan daftar pemilih selepas ia diwartakan mengikut Seksyen 9(A) Akta Pilihan Raya 1958.

Beliau berkata, hakim juga berpendirian bahawa pemohon (Nurul Izzah dan Kadir) tidak mempunyai kausa tindakan untuk memfailkan semakan kehakiman kerana Ketua Pendaftar tidak membuat keputusan atau menggugurkan nama dalam senarai daftar pemilih.

"Pemohon telah menghantar tiga pucuk surat kepada Ketua Pendaftar bertarikh 4 Mac dan beliau (Ketua Pendaftar) membalas surat itu dengan menyatakan beliau sedang meneliti perkara itu. Jadi tidak ada keputusan daripadanya," kata Amarjeet.

Sementara itu, Edmund berkata beliau akan membincangkan dengan anak guamnya sama ada mahu merayu terhadap keputusan itu.

Dalam permohonannya, Nurul Izzah mendakwa semakan daftar pemilih menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 4,637 pengundi dengan alamat tidak lengkap, 133 pengundi bukan menetap di Lembah Pantai dan tiga pengundi meninggal dunia masih tersenarai sebagai pemilih di kawasannya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain