Putera Mahkota Abu Dhabi Lawat Malaysia Esok

PUTRAJAYA: Putera Mahkota Abu Dhabi Jen Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada Selasa atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sempena lawatan itu, Mohammed Zayed, yang juga Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dijadual mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama.

Dalam kenyataan pada Isnin, Wisma Putra berkata Putera Mahkota itu dan Najib akan turut menyaksikan upacara menandatangani beberapa perjanjian antara Malaysia dan UAE.

Mohammed Zayed, yang diiringi beberapa menteri UAE, juga dijadual melawat institusi PERMATA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.

"Hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UAE mencatat pertumbuhan besar beberapa tahun lepas.

Pada 2012, UAE merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia di Timur Tengah, melibatkan nilai dagangan berjumlah RM24.8 bilion, berbanding RM21.1 bilion pada 2011.

"Dalam bidang pelaburan, antara syarikat UAE yang melabur di Malaysia ialah Mubadala Development Company (MDC) dan National Bank of Abu Dhabi (NBAD).

"Malaysia yakin kunjungan itu akan meningkatkan lagi hubungan erat sedia ada antara kedua-dua negara, terutama dalam bidang pelaburan," kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain