suria

Wong Tack Umum Tanding Kerusi Parlimen Bentong

Wong Tack
Wong Tack
Wong Tack

KUANTAN: Presiden Himpunan Hijau, Wong Tack mengumumkan dia akan bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dia berkata demikian selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa pertubuhan itu pada minggu lalu dan mendapat persetujuan daripada pemimpin masyarakat.

Wong Tack akan mewakili suara rakyat terutamanya dalam isu alam sekitar.

"Orang ramai berjuang selama dua tahun menentang pembinaan Lynas dan beberapa projek berbahaya. Rakyat telah mengadakan bantahan demi bantahan, menghantar memorandum dan mengambil tindakan undang-undang.

"Namun, kami kecewa, suara kami tidak diendahkan," katanya.

Kerusi Parlimen Bentong kini disandang Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Wong dijangka bertanding sebagai calon salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat.

Artikel Lain