suria

Jenazah Dua Komando Selamat Tiba Di Subang

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) menyambut Jenazah Sarjan Sabarudin Daud, 46 dan Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang telah selamat tiba di Pangkalan TUDM, Subang pada Sabtu. - FotoBERNAMA

SUBANG JAYA: Jenazah anggota polis komando Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu.

Jenazah kedua-dua Allahyarham diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM dengan kehadiran ahli keluarga Allahyarham Zulkifli dan Sabaruddin.

Bercakap kepada pemberita di situ, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memberi dua pilihan kepada kumpulan bersenjata Sulu iaitu menyerah diri atau terima apa juga akibat daripada tindakan yang telah dilakukan.

Najib berkata, beliau telah bercakap dengan Presiden Filipina Benigno Aquino pada malam Jumaat mengenai perkara itu.

Katanya, pintu rundingan telah ditutup memandangkan kumpulan bersenjata Sulu mengambil pendekatan untuk menentang tindakan itu.

"Kumpulan bersenjata Sulu harus menyerah diri atau akan berdepan tindakan daripada pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada jenazah kedua-dua anggota polis yang terkorban di sini pada Sabtu.

Artikel Lain