suria

Rakyat Malaysia Antara Empat Ditahan di Pusat Imigresen Sydney

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia adalah antara empat pekerja asing yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney kerana memasuki Australia secara tidak sah.

Dalam laporannya, ABC berkata tiga pekerja lain berasal dari China dan Korea Selatan. Bagaimanapun, seorang daripada mereka diberi visa penyambung.

Mereka ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan, kata laporan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Xenophon Berat Sebelah - Ku Nan

Artikel Berikut

Artikel Lain