suria

Penyokong PAS Terengganu Minta PAS Pusat Tegas Pendirian

KUALA TERENGGANU: Demi maruah agama Islam, penyokong PAS Kuala Terengganu mahu pemimpin mereka di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.

Sekumpulan 20 orang yang mendakwa mewakili para penyokong PAS Kuala Terengganu mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai di sini sebagai menuntut pendirian itu.

Mereka membawa sepanduk dan melaungkan AllahhuAkbar serta mendesak pemimpin PAS supaya tidak tunduk terhadap desakan pengerusi DAP Karpal Singh dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng yang mereka anggap sewenang-wenangnya memperkotak-katik isu kalimah Allah demi tujuan politik.

Wakil kumpulan berkenaan, Zamri Yaacob, 42 tahun, turut mendesak supaya kepimpinan PAS menyatakan apa hukum dalam Islam jika anggota PAS membantu DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kami sebagai anggota PAS meminta kepimpinan PAS tegas dengan pendirian dan sebaiknya keluarlah dari Pakatan Rakyat (PR) kerana ia merosakkan bangsa Melayu dan kesucian Islam," katanya kepada pemberita. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain