suria

Majlis Peguam Rujuk Satu Lagi Kes Rasuah Kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam telah merujuk satu kes rasuah dalam sistem perudangan melibatkan jutaan ringgit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata dokumen berkaitan kes berkenaan telah pun diserahkan kepada SPRM pada Khamis.

Beliau turut melakukan tindakan yang sama berhubung dakwaan terhadap seorang Hakim Mahkamah Rayuan yang baru bersara.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berhubung pertemuannya dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ditanya sama ada dua kes tersebut melibatkan jenayah atau komersial, beliau berkata, "Kes komersial melibatkan mahkamah, yang lain tidak melibatkan prosiding mahkamah."

Beliau berkata kes berkenaan melibatkan sejumlah wang yang cukup besar bernilai 'jutaan ringgit’.

Ditanya sama ada ia nilai kes atau rasuah yang didakwa, beliau berkata, "kedua-duanya."

Lim juga berkata kepada The Star dia turut berbincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengenai kes melibatkan dua Hakim Mahkamah Tinggi namun beliau enggan mendedahkan sebarang butiran mengenainya.

Menurutnya beliau telah berjumpa dengan Ketua Hakim Negara berhubung kes melibatkan Hakim Mahkamah Tinggi.

Dalam ucapan perasmian Seminar Perundangan pada 12 Januari lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria telah menyeru mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan masyarakat 'menjauhi perbuatan memberi rasuah kepada hakim dan pegawai supaya mendapat pertolongan daripada mereka; kerana siapa yang memberi dan menerima rasuah, kedua-duanya bersalah. Anda semua boleh hentikannya dengan menolak perbuatan sedemikian."

Dalam kenyataannya, Presiden Majlis Peguam, Lim berkata pihaknya akan mendedahkan kepada Ketua Hakim Negara dan SPRM sekiranya terdapat sebarang 'bentuk rasuah yang serius dan bukti yang dikenalpasti serta sedia membantu dalam usaha memastikan bahawa keputusan akhir mahkamah tidak dipengaruhi oleh campur tangan mana-mana pihak yang menggunakan wang mahupun ugutan.

Beliau turut menyeru kerajaan memberi ruang SPRM untuk membentuk sebuah masyarakat yang bebas rasuah.

Jelasnya, beliau menyokong cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen agar syarikat bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap pekerja mereka yang didapati bersalah kerana rasuah, memberi 'tempoh bertenang' kepada pesara kakitangan awam sebelum mereka boleh menerima tawaran kerja daripada sektor swasta.

Kedua, memberi kuasa kepada SPRM untuk menyiasat lembaga pengarah dalam jabatan kerajaan yang hidup mewah jika dibandingkan dengan pendapatan mereka menggunakan kaedah mereka sendiri berbanding maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Beliau turut meminta menteri Kabinet dan ahli keluarga serta mereka yang bekerja bidang kehakiman membuat pengisytiharan harta secara berkala kepada SPRM hingga mereka bersara bagi memastikan integriti dalam bidang pentadbiran.

Beliau berkata deklarasi secara langsung kepada SPRM untuk menjalankan tanggungjawabnya mencegah liabiliti jenayah, jika tuduhan yang dibuat palsu atau tidak selaras dengan kenyataan terdahulu maka mereka boleh dikenakan tidakan di bawah Seksyen 27, Akta SPRM 2009.

Beliau turut mencadangkan agar Malaysia menerangkan 'pemilikan aset-aset yang tidak diketahui ini'.

Artikel Lain