Banjir: Pelajar Malaysia Di Universiti Trisakti Dipindah Ke Dewan Malaysia - Semasa | mStar

Banjir: Pelajar Malaysia Di Universiti Trisakti Dipindah Ke Dewan Malaysia

JAKARTA: Sejumlah pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Trisakti di sini telah dipindahkan ke Dewan Malaysia, di Jakarta Pusat, sejak tengah malam Khamis apabila kediaman mereka di kawasan Roxy, Jakarta Barat, dinaiki air sehingga satu meter.

Pihak Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di sini telah memindahkan 24 pelajar terdiri 20 perempuan dan empat lelaki, selain membantu memindahkan seorang pelajar perempuan Indonesia yang merupakan rakan serumah pelajar Malaysia terbabit.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) dan Kelab Umno Indonesia turut membantu usaha memindahkan para pelajar terbabit.

Pengarah EM Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan supaya semua pelajar Universiti Trisakti dipindahkan ke Dewan Malaysia bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah terputus bekalan makanan, kerana kawasan kediaman mereka masih dinaiki air.

Terdapat lebih 200 pelajar Malaysia sedang menuntut di Universiti Trisakti namun kira-kira 80 daripada pelajar itu tidak tinggal di kediaman mereka sekarang kerana sedang bertugas di beberapa hospital di luar kawasan itu di bawah program latihan klinikal.

"Tiap seorang daripada pelajar Malaysia dari universiti itu telahpun dihubungi oleh pihak kami dan mereka semua menyatakan berada dalam keadaan selamat. Bagaimanapun pihak EM telah menasihatkan mereka semua supaya tinggal sementara di Dewan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan di kawasan kediaman mereka," kata Dr Juzhar ketika dihubungi di sini Jumaat.

Warden Dewan Malaysia, Kamarulazhar Abd Salam yang dihubungi pula berkata, usaha memindahkan pelajar Malaysia di Universiti Trisakti diteruskan pada Jumaat dan pada paginya seramai 17 orang lagi pelajar akan masuk ke Dewan Malaysia.

Pihak Dewan Malaysia menyediakan makanan dan minuman kepada para pelajar terbabit, katanya.

Kamarulazhar berkata, pelajar perempuan Indonesia yang ditempatkan di dewan itu tengah malam Khamis, telah dibawa pulang oleh keluarganya pada Jumaat.

Yang Dipertuan PKPMI Pusat, Ahmad Nabieh Abqori Rahmat pula berkata, pelajar Malaysia yang terbabit dalam pemindahan itu merupakan pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian Universiti Trisakti.

Pada masa ini universiti itu telah menutup kampus secara sementara disebabkan keadaan banjir yang agak buruk dan jika keadaan pulih, kuliah mungkin dimulakan Isnin nanti, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bawani Tiada Niat Sertai Politik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain