suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4,000 Pelajar Kelas Pertama Belum Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

TEMERLOH: Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.

"Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman. - BERNAMA

Artikel Lain