suria

Kira-Kira RM76,000 Lesap Selepas Mesin ATM Dipecah Di Pasaraya

Mesin juruwang automatik (ATM) yang terletak di dalam sebuah pasar raya besar di Plentong, dipecahkan oleh penjenayah dan membawa lari kira-kira RM76,000 pada kejadian 5.30 pagi. -fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Kira-kira RM76,000 lesap dari sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang terletak di dalam sebuah pasar raya besar di Plentong di sini, awal hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin berkata siasatan awal mempercayai wang terbabit dilarikan antara kira-kira pukul 4 dan 5 pagi ini selepas suspek memotong mesin tersebut menggunakan gas Oxy-acetylene.

"Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 5.30 pagi menerusi polis bantuan dari sebuah bank. Siasatan awal mempercayai suspek memasuki premis tersebut selepas memecah dinding kaca sebuah kedai yang sedang diubah suai," katanya.

Roslan berkata polis menemui tong gas Oxy-acetylene berkenaan yang ditinggalkan di tempat kejadian, namun gagal mengesan rakaman suspek yang terlibat memandangkan suspek berjaya menghadang kamera litar tertutup (CCTV) di mesin itu.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti rakaman CCTV lain yang dipasang di sekitar premis terbabit untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain