suria

Rakyat Sabah Jangan Terpengaruh Pembohongan Pembangkang - Musa Aman

SANDAKAN: Rakyat di negeri ini diminta tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan parti pembangkang yang hanya tahu membohongi rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata mereka hanya tahu bercakap dan menabur pelbagai tohmanan yang mendakwa tiada pembangunan dilakukan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Mereka sengaja membutakan mata mereka terhadap pembangunan yang dilakukan B Nkerana mahu memastikan hasrat mereka memerintah negara ini tercapai, katanya ketika melawat Markas Jentera Pilihan Raya Zon Taman Airport, di sini, Isnin.

"Dahulu terdapat kampung-kampng tidak mempunyai jalan berturap atau bersimen, tiada bekalan elektrik dan air tetapi hari ini kemudahan asas itu telah kita sediakan. "Pelbagai projek besar lagi kita laksanakan seperti yang ada di Sandakan seperti Hab Pendidikan di Sungai Batang," katanya.

Beliau juga meminta penduduk Sabah melihat Selangor yang pada satu ketika dahulu adalah negeri yang maju, namun kini menghadapi pelbagai masalah selepas diteraju pakatan pembangkang kerana mereka gagal menunaikan janji kepada rakyat. "Oleh itu, mereka jangan cuba membohongi rakyat Sabah kerana rakyat Sabah bukanlah bodoh tetapi bijak dan matang untuk memilih mana satu berlian dan intan," katanya.

Musa menegaskan pemimpin parti pembangkang merupakan orang yang gila kuasa dan tidak memperjuangkan kepentingan rakyat di negeri ini. -BERNAMA

Artikel Lain