suria

Hanya Empat Hutan Simpanan Kekal Diwarta Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Hanya empat kawasan telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 31 Ogos lepas.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata kawasan itu ialah Hutan Simpan Sungai Besi dan Hutan Simpan Bukit Sungei Putih, kedua-duanya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak serta Hutan Simpan Bukit Nanas (Bukit Bintang) dan Hutan Simpan Bukit Lagong (Kepong).

"Keluasan HSK yang telah diwartakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah berjumlah 68.27 hektar," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat, Selasa.

Buat masa ini tiada kawasan baru yang akan diwartakan sebagai HSK, katanya. BERNAMA

Artikel Lain