suria

Lans Koperal PGA Ditahan Cuba Curi Kabel Elektrik

LIMBANG: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang ditahan bagi membantu siasatan kes curi kabel elektrik di sebuah bangunan baharu di sini malam Isnin.

Ketua Polis Limbang Supt Mohamad Bukhori Saffai berkata suspek bersama seorang rakannya dilihat sedang menarik kabel elektrik milik Sesco di sebuah bangunan baharu pada kira-kira 11.50 malam Isnin.

"Sedar kegiatan mereka diketahui oleh polis bantuan Sesco yang berhampiran tempat kejadian, suspek dan rakan suspek melarikan diri menggunakan motosikal dan diekori oleh polis bantuan itu sehingga ke kem PGA Limbang," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Mohamad Bukhori berkata suspek ditahan 9 pagi ini dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah methamphetamine. "Kita akan mohon untuk menahan reman suspek esok...sekarang kita tengah memburu rakan suspek," katanya.

Beliau berkata, pada minggu lepas teman wanita suspek turut membuat laporan polis mendakwa dipukul oleh suspek dan siasatan sedang dijalankan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain