suria

Terdapat Pemandu Ambulans Salah Guna Siren Elak Kesesakan Trafik

PETALING JAYA: Kebanyakan rakyat Malaysia akan memberi laluan kepada ambulans yang membunyikan siren menunjukkan isyarat kecemasan.

Walau bagaimanapun, ramai telah menyuarakan kecurigaan mereka sama ada semua ambulans dengan bunyi siren benar-benar menerima panggilan kecemasan atau pemandunya menyalahgunakan siren untuk 'melepaskan diri' daripada kesesakan lalu lintas.

Seorang pemandu dari Klang yang menulis di internet menggunakan nama pengguna pcdoctor my berkata dia pernah terserempak dengan ambulans yang pemandunya hanya membunyikan siren dalam kesesakan lalu lintas dan kemudian memandu seperti biasa selepas semua kenderaan memberi laluan.

"Saya berada di belakangnya! Tiada kecemasan. Dia hanya mahu mengelak kesesakan lalu lintas," dia menulis.

Daniel, dari Miri berkata pemandu ambulans hanya membunyikan siren semasa kesesakan lalu lintas di bandar dan berhenti di gerai goreng pisang untuk membeli makanan.

Pelatih pertolongan cemas Sheila Tan, 23, mempunyai pengalaman melihat pemandu ambulans menyalahgunakan siren.

Dia dalam perjalanan dengan ambulans yang menghantarnya ke rumah apabila pemandu menghidupkan siren dalam lalu lintas yang merangkak-rangkak.

"Saya terkejut apabila mengetahui tidak semua siren di jalan raya sebenarnya bukan kecemasan. Saya berasa ditipu," kata Tan.

Menjawab kepada isu ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada pemandu ambulans supaya tidak menyalahgunakan siren mereka untuk tujuan bukan kecemasan.

"Kami telah mengeluarkan peringatan dan telah mengarahkan hospital dan pemandu mereka agar tidak menyalahgunakan siren. Pada masa akan datang kita akan memeriksa kes-kes ini," kata Liow.

Kementerian telah mengeluarkan satu pekeliling untuk pemandu ambulans pada tahun 2007, yang menekankan peraturan lalu lintas untuk ambulans walaupun mereka berada dalam kecemasan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan, menasihati rakyat Malaysia untuk memberi laluan kepada ambulans, walaupun mereka berasa curiga.

"Tidak ada cara untuk pemandu membuktikan sama ada ambulans berpura-pura cemas semasa kesesakan lalu lintas," katanya.

Beliau menambah mereka yang mempunyai alasan munasabah untuk membuat aduan perlu melaporkan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan, syarikat atau hospital yang membekalkan ambulans.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain