suria

Pemandu Bas Ekspres Maut, Enam Parah Dalam Kemalangan Di Slim River

IPOH: Seorang pemandu bas maut manakala 12 yang lain cedera termasuk empat parah apabila bas express yang mereka naiki merempuh treler di Km 362.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River malam Rabu.

Hussein Jaafar, 29, berasal dari Baling, Kedah yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Mereka yang parah ialah pemandu kedua MOhd Fazli Khamis, 40, berasal dari Taman Sri Pinang, Tikam Batu, Kedah; Che Yusoff Che Ani, 39, berasal dari Alor Setar, Kedah; Mohamad Hafizul Zuljabli, 24, dari Kampung Seberang Alor, Alor Setar, Kedah; dan Khuhan a/l Dharmaraj, 21, dari Taman Aman, Anak Bukit Alor Setar, Kedah.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Slim River, kata Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superitendan Othman Nayan.

Beliau berkata, dalam kejadian pada pukul 10.45 malam Rabu, bas yang dalam perjalanan dari Klang ke Butterworth itu dikatakan merempuh belakang treler membawa muatan besi konkrit menyebabkan bahagian hadapan bas remuk.

Beliau berkata, sembilan penumpang yang tidak cedera meneruskan perjalanan dengan bas gantian. - BERNAMA

Artikel Lain