suria

MBSA Minta Pemilik Harta Jelaskan Cukai Taksiran Sebelum 31 Ogos

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu mengingatkan pemilik harta di kawasannya agar menjelaskan cukai taksiran semasa dan tertunggak sebelum atau pada 31 Ogos ini.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA Shahrin Ahmad berkata mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Bagi tujuan itu, kaunter pembayaran utama MBSA di aras bawah Bangunan Wisma MBSA di sini, akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini dari 9 pagi hingga 1 tengah hari, katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun katanya, kaunter tidak akan beroperasi dari 18 hingga 21 Ogos sempena cuti Aidilfitri serta pada 31 Ogos yang juga cuti umum hari kebangsaan.

Perkhidmatan pada Sabtu dan Ahad (26 dan 26 ogos) adalah seperti biasa, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain