suria

13 Anggota Perarakan Ditahan Kerana Bergaduh

KANGAR: Polis menahan 13 anggota satu perarakan agama setelah mereka terbabit dalam pergaduhan sesama sendiri di Jalan Raja Syed Alwi di sini, Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perlis, Superietndan Mohd Nashir Ya berkata, kesemua lelaki yang berumur antara 19 dan 38 tahun itu ditahan antara pukul 9.30 malam dan 12 tengah malam di sekitar bandar ini setelah menerima maklumat awam.

Bercakap dalam sidang media di sini Jumaat, beliau berkata, mereka yang kebanyakannya bekerja sendiri dikatakan sedang mengikuti perarakan berjalan kaki anjuran sebuah kuil bermula pukul 6.30 petang sebelum pergaduhan tercetus sesama mereka tidak lama kemudian.

"Kami masih menyiasat punca pergaduhan dan mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun keseksan kerana merusuh," katanya.

Menurutnya, sabit kesalahan mengikut seksyen itu boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali. - BERNAMA

Artikel Lain