suria

Nahas Helikopter: Mayat Mangsa Terakhir Ditemui

KUCHING: Mayat Henry Loh, 42, salah seorang daripada tiga penumpang dalam nahas helikopter yang terhempas di kawasan pedalaman Sarawak pada Jumaat ditemui.

Mayat Loh ditemui pada pagi Ahad dan dibawa ke daratan kira-kira pukul 8.30 pagi, menurut seorang ketua komuniti tempatan.

“Mayatnya telah dibawa ke klinik kesihatan awam serta-merta,” kata ketua komuniti itu kepada The Star.

Loh merupakan tiga dan penumpang terakhir yang ditemui mati. Mayat beliau dijumpai di Pulau Triso, di mana bilah kipas helikopyer dikesan pada Sabtu.

Ahli kelurga bagi pekerja firma arkitek itu dalam perjalanan mereka ke Sebuyau, kira-kira 150 kilometer dari sini.

Hanya seorang mangsa yang terselamat adalah juruterbang, yang berenang selama empat jam untuk menyelamatkan diri pada Jumaat.

Sementara itu, seorang mangsa iaitu Siti Khuzaimah Anuar yang sudah bertunang dan bakal berkahwin pada akhir tahun ini akan dikebumikan pada Ahad.

Artikel Berikut

Adun Pelagus Selamat

Artikel Lain