suria

PM: Kemiskinan Bukan Halangan Untuk Berjaya, BN Beri Peluang

DUNGUN: Kemiskinan bukan halangan untuk seseorang untuk mencapai kejayaan kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan peluang untuk mobiliti sosial, terutamanya menerusi pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendidikan telah membuktikan bahawa ia merupakan senjata utama untuk memerangi kemiskinan.

Beliau berkata, ramai personaliti yang berjaya pada hari ini berasal daripada latar belakang keluarga miskin, sebagai contoh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, di mana ibu bapanya merupakan pengutip buah-buahan.

“Menteri Besar telah membuktikan dalam kesukakaran dan kesengsaraan, beliau boleh mencapai kejayaan.

“Begitu juga dengan yang lain kerana peluang pendidikan begitu bermakna untuk semua orang, tanpa mengira bangsa dan latar belakang,” katanya semasa pelancaran “Mengubah Nasib Anak Bangsar” di sini pada Jumaat untuk pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara.

Perdana Menteri melakukan lawatan sehari ke Terengganu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain