suria

Tiga Penuntut USM Ditahan Bantu Kes Palsu Ijazah

GEORGE TOWN: Tiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan ijazah universiti berkenaan.

Jurucakap polis bekata dua penuntut wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan dalam operasi khas polis di Kampar, Perak malam tadi.

"Hasil laporan polis oleh pihak pengurusan USM awal bulan lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan anggota sindiket pemalsuan ijazah itu," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa peralatan komputer yang dipercayai diguna untuk menghasilkan ijazah palsu itu.

Siasatan awal mendapati mereka mengeluarkan sijil akademik palsu iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari USM dan dipercayai menjualnya dengan harga tertentu, katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata ketiga-tiga penuntut terbabit kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain