suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota BN Diingat Tidak Keluar Kenyataan Sentuh Sensitiviti Kaum - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada semua anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak menimbulkan sebarang kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman.

Beliau yang merupakan Pengerusi BN berkata: “Saya mengingatkan supaya ahli-ahli tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menyentuh perasaan mana-mana kaum, ataupun yang boleh menimbulkan permasalahan antara parti komponen Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di ibu pejabat BN di sini, Jumaat.

Peringatan Najib itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenainya.

Namun baru-baru ini, Ahli Parlimen BN-Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga sehingga mencetuskan kontroversi.

Najib berkata, perkara yang diperbincangkan dalam mesyuarat adalah mengenai program dan aktiviti yang diusahakan oleh BN di seluruh negara.

“Kesan yang menggalakkan apabila saya dan timbalan perdana menteri membuat lawatan ke negeri-negeri sampailah ke peringkat daerah.

“Nampak sokongan lebih memberangsangkan. Ini menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap BN adalah lebih baik,” katanya.

Artikel Lain