suria

Bekas Perunding NFC Mengaku Tidak Bersalah Terhadap 17 Pertuduhan Menggubah Wang Haram

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin terhadap 17 pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah lebih daripada RM4.1 juta.

Shamsubahrin, 45, yang merupakan perunding kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC) Sdn Bhd, telah dikenakan 17 tuduhan mengambil wang berjumlah RM4,141.176 keuntungan (hasil) secara tidak sah.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pelbagai bank di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara 25 November hingga 13 Disember tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Shamsubahrin Ismail Resources Sdn Bhd ini didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan berdepan hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda sehingga RM5 juta, atau kedua-duanya sekali.

Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Beliau mengarahkan Shamsubahrin dibicarakan bersama-sama dengan 5 dakwaan penipuan yang lebih awal.

Shamsubahrin juga telah didakwa dengan lima pertuduhan memperdaya Pengarah NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dalam menyediakan perkhidmatan perundingan kepada NFC dan menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta kepadanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain