suria

Hina Raja: Penulis Blog Aduka Taruna Dilepaskan

SEREMBAN: Seorang penulis blog, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, atau lebih dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, dua tahun lepas.

Hakim Datin M. Kunasundary membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Khairul Nizam didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya adukataruna.blogspot.com.my.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, 22 Jan 2010, di No. 297 Rumah Rakyat Panchor, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Khairul Nizam diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Bhupinder Singh. -BERNAMA

Artikel Lain