suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4 Unit Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR: Empat unit rumah setinggan berhampiran Bulatan Segambut di sini musnah dalam satu kebakaran pada Rabu mengakibatkan 15 penghuni kehilangan tempat tinggal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran kira-kira 8.00 pagi itu kerana semua penghuni rumah terlibat sempat menyelamatkan diri, kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Khadiron Md Diah.

"Kita masih siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya kepada Bernama di tempat kejadian, sambil menambah api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit oleh tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Jinjang, Balai Bomba Sentul dan bomba sukarelawan dari Bukit Bintang.

Seorang mangsa Yong Wai Yan, 21, berkata, dia tidak menyedari rumahnya sedang terbakar kerana sedang nyenyak tidur dan mula sedar apabila terasa panas dan kedengaran orang menjerit.

"Saya seorang di rumah kerana mak dan ayah saya pergi bekerja. Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di rumah termasuk wang tunai RM10,000.

"Kerugian dianggarkan oleh ayah saya sebanyak RM30,000 secara keseluruhan termasuk barangan elektrik, pakaian, perabot dan lain-lain lagi,"katanya.

Seorang lagi mangsa, Alan Sam Khai Long, 36, berkata, dia menyedari kebakaran berlaku apabila ada orang menjerit mengatakan rumah terbakar.

"Saya perasan orang menjerit kira-kira jam 8 pagi dan saya menyelamatkan diri secepat mungkin termasuk ahli keluarga dan barangan yang lain. Saya hanya sempat mengeluarkan barang-barang seperti mesin basuh, televisyen dan pakaian sahaja...yang lain tidak dapat diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan insiden itu dan memikirkan di mana keluarganya akan tinggal selepas ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain