suria

Godaan Dadah “Yang Dibenarkan”?

KUALA LUMPUR: Satu himpunan “pil-pil parti” yang baru yang didakwa sebagai versi yang “sah” bagi jenis amfetamin dan lain-lain jenis dadah psikotropik telah melanda hiburan malam di negara ini.

Lebih ramai anak muda menyedut dadah-dadah ini, yang dijual di bawah nama yang lebih menari perhatian seperti “Groove E” dan “Pink Champagne”, yang menjanjikan rasa khayal yang sama tinggi dengan dadah yang tidak dibenarkan.

Kesemuanya didapati secara dalam talian, dari sebuah laman web yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Ia didatangkan dalam paket mengandungi dua atau empat pil, berharga antara RM50 dan RM80.

Laman web itu turut menjual barangan berkaitan dengan seks seperti “permainan” untuk orang dewasa dan herba bagi meningkatkan rangsangan seksual.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam pil adalah aminoindan (perangsang yang memberi tindakan dengan kesan cepat berbanding dengan benzylpiperazine [BZP]) atau methylenedioxymethamphetamine (MDMA, atau sering dinamakan sebagai Ekstasi), kafein dan benih popi.

Berita selanjutnya selepas ini.

Artikel Lain