suria

SAPP Minta Kerajaan Tubuh SPA Cawangan Sabah

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) telah menggesa kerajaan Persekutuan menubuhkan cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi SAPP Kent Yong berkata penubuhan cawangan suruhanjaya itu wajar selaras dengan jaminan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah di jabatan dan agensi persekutuan.

Katanya penubuhan cawangan suruhanjaya seperti tercatat dalam perjanjian itu akan mempunyai kuasa penuh berhubung semua aspek pelantikan, kenaikan pangkat dan soal disiplin dalam perkhidmatan awam persekutuan di Sabah.

SPA cawangan Sarawak bertangungjawab mengenai pengambilan dan perkhidmatan bagi anggota perkhidmatan awam persekutuan di Sarawak, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya Laporan Antara Kerajaan menyatakan pribumi Sabah dan Sarawak harus diberi keutamaan berbanding calon lain bagi semua jawatan di jabatan awam negeri dan persekutuan di kedua-dua negeri tersebut.

"Malangnya, SPA cawangan Sabah, yang akan mempunyai kuasa penuh berhubung semua jenis pelantikan, kenaikan pangkat dan soal disiplin dalam perkhidmatan awam persekutuan di Sabah, masih belum ditubuhkan sejak Merdeka lagi," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain