GEORGE TOWN: Bermula 9 pagi Sabtu ini, jalan tepi di Lorong Relau 3 menghala ke Jalan Kampung Relau di sini, akan ditukar statusnya menjadi jalan sehala.Majlis Perbandaran Pulau Pinang dalam satu kenyataan di sini pada Khamis, berkata langkah tersebut bagi mengurangkan konflik lalu lintas akibat kenderaan yang diletakkan di tepi jalan terbabit. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan yang baharu ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta memastikan kelancaran trafik di kawasan berkenaan, kata kenyataan itu. - BERNAMA