suria

Pemandu Bas, Lori Mungkin Perlu Jalani 'Ujian Tidur'

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kemungkinan pemandu kenderaan perdagangan seperti lori dan pemandu bas menjalani 'ujian tidur'.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ujian itu akan membantu untuk melihat sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah penyakit tidur yang boleh menimbulkan bahaya kepada diri mereka, para penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

"Kita akan membincangkan perkara ini dengan Kementerian Pengangkutan dan menilai keperluan untuk itu," katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Hari Tidur Sedunia 2012 di sini Sabtu.

Artikel Lain